Halyana's Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 25 May 2016

#5 Wedding Picture by Brillante Photography

Assalamualaikum wbt. Salam hari rabu :)

Hari ni cuma nak update pasal gambar kawen yang baru dapat dari photographer, Brillante Photography. Hasil tangan abg deen memang power gilossss ! Cantik sesangat. Tak boleh move on tengok gambar kawen sendiri. Padehal dah 5 bulan kawen. hahaha. But, it's okay. Kalau korang nak carik photographer untuk apapun jenis majlis, boleh lah contact abg deen ni dekat ig dia, brillantephotography.

Haaa, ni aku kongsikan moment-moment indah aku hasil dari abg deen (brillante photography).





















Thank you to abg deen dan isteri sebab bertungkus-lumus ambik shot yang terbaik untuk kami. Love you lah !

Tuesday, 17 May 2016

#4 Wedding Pictures Halyana's

Sambungan dari post yang lepas. Ni haa, aku bagi tengok gambar-gambar wedding aku. Tapi, yang ni semua dari kamera sendiri. Yang dari photographer belum dapat. Kalau dah dapat nanti aku bagi lagi :)

Adik-beradik dari Sabah

Saat-saat sebelum akad.

Inilah adik-beradik iparku :)

Mr & Mrs Hamizan

Parents and Parents-In-Law

Sebelum akad.

Officially husband and wife <3

Cium pertama dari seorang suami.

First time duduk atas pelamin sendiri.

Muka ada senyum :p

Sisters <3

Family-In-Law

Family maikcik Ani

Boys :)

I love ibu and bapak so much <3

Saturday, 14 May 2016

#3 Aku dah kawen !

Assalamualaikum wbt.

Rasa macam dah berhabuk pulak blog ni. Maaf lah sebab sibuk sikit kebelakangan ni.
Actually, dah lama nak update pasal majlis perkahwinan aku yang diadakan 5 bulan lepas. Tapi, disebabkan terlampau sibuk, ni haa aku bagi sikit. Heeee

Alhamdulillah, tanggal 05 DECEMBER 2015, aku selamat diijabkabulkan dengan seorang jejaka tampan lagi kacak tambah dengan baik hati (ecehhh, ni kalau laki aku baca kembang kempis jee nanti), MUHD HAMIZAN BIN MUHAMMAD BASRI.

Perkenalan yang tidak sampai pun setahun berakhir dijinjang pelamin. Alhamdulillah, aku bersyukur di usia aku 23 tahun aku dah jani bini orangggg ! hahaha. Macam tak percaya pun ada, Sebab kengkawan baik aku semua tak kawen lagi. Orang cakap kawen ni seronok tapi memang betul. Seronok bila dah kawen. Semua benda buat dengan suami. Memasak, kemas rumah, basuh baju, basuh kereta. Ehh, semua benda lah buat sama-sama. Seronok. Korang kene kawen cepat ooii ! hahaha

Orang kalau nak buat persiapan kawen memang pening kepala. Ada yang sampai demam-demam. Tapi, aku tak lalui benda tu semua. Bersyukur sangat aku rasa. Persiapan perkahwinan aku buat dengan suami aku. Memang kitaorg dah janji nak buat sesama sampai hari kahwin nanti. And, alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dari daftar perkahwinan, beli barang hantaran, duit hantaran, duit untuk majlis, doorgift, butik, baju nikah, dan photographer. Ohh, untuk pengetahuan korang, aku buat 1 majlis jee. Semua tetamu dijemput datang kat majlis sebelah aku. Maklum lah, jimatkan. Alhamdulillah, keluarga mertua aku memahami dan aku memang kalau boleh taknak menyusahkan family mertua aku sebab dorang jauh. FYI, suami aku berasal dari SABAH. Dan aku orang NOGORI. Haaaa, nampak tak? Jauh nyeeee laa nak balik kampung kannn.

Bulan ni dah genap 5 bulan aku jadi isteri orang. Bulan ni jugak bulan terakhir aku kerja dengan Sime Darby setelah 2 tahun 10 bulan aku kerja. Orang ramai cakap, "Rugi nya berenti. Tak sayang ke?". Haaa, itu nanti aku cerita dalam entry lain ekk.

Okay lah, panjang lebar aku cerita ni. Ni aku bagi tips penting untuk korang yang nak kawen tu.

1: Kalau ada peluang, buat persiapan korang sendiri dengan pasangan korang. Ini adalah baik supaya nanti takde lah korang bergaduh di kemudian hari sebab ada benda yang tak puas hati.

2: Simpan duit dari sekarang. Elakkan buat loan bank sebab korang tak taw kehidupan selepas kawen macam mana. Kecuali lah memang korang memang kerja yang gaji 5K sebulan dan memang takde komitmen yang boleh bayar balik loan tu. Yang paling penting, jangan susahkan mak ayah. Korang yang nak kawen, carik duit sendiri yee.

3: Buat checklist untuk majlis korang. Listkan dari A-Z ape yang korang nak buat dan perlukan sebelum kawen.

4: Kursus kawen korang jangan lupa pulak. Kang tak dapat kawen kang. Sebab sijil kawen ni adalah salah satu dokumen yang diperlukan untuk daftar perkahwinan.

5: HIV Test ni pun salah satu dokumen yang diperlukan untuk daftar perkahwinan. Jangan lupa masukkan dalam checklist korang yee.

6: Daftar perkahwinan korang boleh buat 6 bulan sebelum majlis korang. Tapi, make sure korang dah dapat tarikh yang tetap untuk majlis korang lah. Kalau tak macam mana korang nak daftar. hihihi

7: Pemilihan butik untuk pelamin dan baju sanding ni terpulang dengan bajet korang. Kalau lebih boleh buat yang grand-grand. Tapi, kalau rasa bajet tak berapa nak ada jangan mengade nak buat yang menghelip sangat. Asal cantik dan ssedap mata memandang dah okay.

8. Untuk photographer pulak korang kene check dulu. Sekarang ni banyak orang yang suka tipu konon nya dia photorapher hebat tapi at the end hampeh. Duit kkorang yang dia ambik. So, make sure korang kene survey dulu. Kalau boleh tanye dulu kengkawan, sedara-mara yang pernah pakai khidmat photographer.

9: Doorgift ni ikut bajet dan kretiviti korang. Sekarang ni dah banyak perkhidmatan yang menyediakan doorgift untuk orang kawen. Tapi ada sesetengah orang dia buat sendiri. Terpulang kepada korang. Masukkan dalam checklist korang supaya tak tertinggal.

10: Baju nikah ni kita pakai sekejap jee pun. Kalau boleh buat baju yang korang boleh pakai semula untuk raya or apa-apa majlis lepas kawen. Tak membazirkan? Tapi, make sure korang tak gain weight macam aku sampai baju nikah tak muat dah. haha

11: Untuk barang hantaran ni ikut kesukaan korang apa yang nak bagi. Biasa nya orang bagi 7-9. Tak pun 5-9. Kalau nak lebih pun takde masalah. Ikut kemampuan korang yee.

12: Pemilihan katering untuk majlis nanti korang boleh mintak tolong mak ayah atau keluarga korang. Sama ada nak buat katering ataupun nak buat rewang. Zaman sekarang ni pkai katering jee supaya tak susah dan tak sepah rumah. Tapi macam aku keluarga sebelah ibu aku yang masak. Kira macam rewang laa kan. Memang seronok sebab time tu lah makcik, pakcik, sepupu-sepapat semua turun. Seronok ooii !

Aku rasa itu jelah kot yang penting. yang lain-lain mungkin korang boleh rujuk family korang untuk maklumat lanjut. Aku bagi yang mana aku rasa penting jee. So, harap mana yang nak kawen tu boleh start buat persiapan. Good luck, guys !

Thursday, 14 April 2016

#2 - Good Morningggggg !

Assalamualaikum.

Sekejap jee dah hari khamis. Cepat masa berlalu. Kini cuma tinggal 34 hari lagi sebelum aku meninggalkan kerjaya aku sebaga seorang "Planter".

Fuhhh ! Memang tak sabar rasanya nak keluar dari tempat ni. Tempat berhantu. Kikiki

Nanti kita sambung dekat next entry. Nak settle kan kerja-kerja yang terbengkalai dulu.

See yaa !

Wednesday, 13 April 2016

#1 - I'm back !

Assalamualaikum semua !

Alhamdulillah, kini sudah boleh kembali beraksi di arena blog ini. Lama rasanya tak berblog ni. Maklum lah. itu zaman study dulu boleh laa kan. Banyak masa boleh spend untuk berkarya.

InsyaAllah, lepas ni boleh konsisten dengan menulis sebabbbbbbb ^^^^^^^^^. Nanti kita cerita okay? Sebab aii nak memasak untuk suami tercinta dulu,

See you soon :)