Halyana's Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Monday 5 June 2017

#9 Officially Agen Cuckoo

Assalamualaikum :)

Seems like dah lama sis tak buat coretan kan? Ape kabo sume? Sis sibuk pindah rumah, takde masa nak update.

Harini sis nak cerita tentang 1 produk dari Korea yang tengah hangat kat pasaran Malaysia. Pernah dengar tak tentang Cuckoo? Haaa, ni lah sis nak cerita.

Produk Cuckoo ni terdiri daripada Water Filter, Air Purifier dan Rice Cooker.




Water Filter Cuckoo




Produk Cuckoo








Sesiapa yang berminat nak buat pembelian produk Cuckoo ni, boleh laa contact sis ye. Sis akan terangkan lebih lanjut tentang Cuckoo ni.

No HP : 013-2053164
FB Page :Cuckoo Meletop
Instagram : cuckoomeletop


 P/S : Next post sis akan review satu persatu produk Cuckoo :)

Tuesday 21 February 2017

#8 Produk Nurraysa

Assalamualaikum w.b.t blogger :)

Lama dah tak update blog kita ni. Agak sibuk sikit sejak kebelakangan ni.

Harini kita nak update sikit-sikit jee. Nak story sikit pasal produk Nurraysa. Alhamdulillah, sejak sebulan try produk ni, kulit kita semakin okay. Yeaaaayyy. Jerawat pun susah ya amat nak naik. Kalau ada pun cepat dia kecut. Tak sempat dia nak duduk kat kulit kita ni ha. Hihihi

Nurraysa produk ni bukan jee ada skincare punya produk tapi ada macam-macam lagi. Contoh nya Shampoo, Body Wash, Set Make-Up & Feminine Wash.

Sape yang nak mencuba produk Nurraysa ni, deras-deras PM/WA kita kat no ni 013-2053164 :)

Gerenti akak/adik/makcik semua puas hati.

Kita pakai, kita jual :)


Trial set skincare 

Sweet Cherry Perfume

Miracle Whitening Spray

Nurraysa Collagen Soap


Monday 9 January 2017

#7 Dia Semanis Honey Muzikal Teater

Assalamualaikum wbt everyone !
How are you guys today? By the way, I'm fine.
It's 10.16pm and rasa awal lagi nak tidur. Heeeee

So, basically today punya entry nak story pasal semalam kita pergi tengok  Dia Semanis Honey Muzikal Teater. Teater ni sedang berlangsung bermula 03hb Januari sehingga 09hb Januari 2017 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya. Tapi, disebabkan atas permintaan peminat yang terlalu tinggi, teater ni telah dilanjutkan sehingga 12hb Januari 2017.

Untuk sesiapa yang belum pergi menonton, buy the ticket nowwwwww!!!!! Seriously korang takkan rasa rugi. Ni laman web untuk korang purchase ticket, www.redtix.airasia.com.

Pada pendapat kita, sebagai seorang yang memang tak pernah tengok teater, Dia Semanis Honey Muzikal memang sangat best. Tak semestinya orang dewasa jee yang boleh menonton. Kanak-kanak pun boleh tengok. Dengan gelagat para pelakon yang kadang-kadang kita rasa macam spontan, ia nya sangat menghiburkan. Kalau korang nak taw, selama 6 malam teater ini berlangsung , memang FULL HOUSE! Time kita pergi semalam pun FULL HOUSE!

Dia Semanis Honey Muzikal ni diterajui oleh Alif Satar sebagai Ahnaf Wafiy dan Siti Nordiana sebagai Hani Safira. Antara pelakon-pelakon yang lain, Datin Nina Juren, Afi AF, Ahmad Fauzi, Marsha Milan, Ungku Hariz dan ramai lagi.

Memang syok habis. Scene ketawa, sedih, marah semua menjadi. Woowww! Sangat teruja sampai tak taw nak cerita macam mana. Hihihi

Sesiapa yang belum tengok, masih sempat lagi ni korang nak pergi. Jangan lupa dapatkan tiket awal sebab memang akan sold out dengan pantasssssssssssss!

So, kita malas nak cakap banyak-banyak, go and see yourself! Hehehe



p/s : Thanks to my husband sebab sanggup layankan kerenah si isteri yang nak pergi tengok teater ni. Iloveyou, my Mr Bee!


First time masuk Panggung Sari

Kami datang berdua jeeee

My Mr Bee :)

Semasa pengenalan pelakon dan belakang tabir

Barisan pelakon 

Ahnaf Wafiyyyyyyyyy!

Macam mimpi jee dapat bergambar dengan Alif and Kak Nana 

Wefieeeee 1 kali!

Abam Jack dengan lagu baru nya






Saturday 7 January 2017

#6 Sabar Itu Indah

Assalamualaikum wbt semua.

Saat jari jemari ini menari di atas keyboard, jam menunjukkan pada angka 0305 am.

Mata memang mengantuk tapi tak dapat nak dilelapkan. Segar-bugar biji mata ni lagi. Teringat dekat blog yang dah lama tak update. Bukan ape, asyik berebut lappy dengan encik suami. Dan semestinya kita lah yang kalah. Hmm hmm

Rasa nya belum terlambat kita nak wish "HAPPY NEW YEAR" to everyone. Selamat tinggal 2016 dan selamat datang 2017. Semoga tahun 2017 memberikan lebih kegembiraan dan rezeki untuk kita semua.

Tahun 2016 adalah tahun yang sangat manis untuk perkahwinan kami. InsyaAllah, untuk tahun seterusnya akan sentiasa sama. Cuma yang berbeza tentu nya soal zuriat. 2016 banyak kita lalui fasa pertanyaan ahli keluarga, rakan-rakan serta rakan si suami. Ada yang bagi nasihat, ada yang memahami. Tak kurang juga yang mencaci, menghina. Tapi, alhamdulillah. Si suami tak cepat melatah. Bila kita rasa sedih memikirkan soal zuriat ni, dia sentiasa ada di sisi. Menenangkan si isteri.

Kadnag-kadang bila orang tanya, "Belum ada isi ke?". Sambil pegang-pegang perut kita. Kita malas nak layan tapi jawab je lah. "Belum ada rezeki. InsyaAllah. Doa-doa kan lah ye". Then, lepastu nak rasa apa? Of course sedih sangat. Rasa nak nagis kuat-kuat. Tapi, kita ingat pesan ibu. Sabar banyak-banyak. Rezeki Allah luas kan. Kalau Allah nak bagi, InsyaAllah Dia akan bagi.

Kita pun ambik positif je lah. Walaupun kadang-kadang sentap tengok kawan-kawan yang dah ada baby. Yang paling terdekat, my cousin sendiri. Ohhh, lagi rasa sentap. Selamat bersalin dah dia pun. Padahal dia nikah sebulan selepas kita nikah. Ibu pesan lagi. Rezeki dia datang awal. Jangan ada rasa dengki.

Tengah duduk-duduk sambil belek FB, ternampak satu page ni. "Doakan Kami Hamil". Kita pun request nak join. Dalam page tu ramai yang berkongsi cerita suka dan duka. Ada yang sedang ikhtiar nak mengandung, ada yang dah berjaya mengandung dan ada juga konsi cerita baru lepas keguguran. Kita sentap kejap baca. Sebenarnya ramai yang berkongsi nasib yang sama dengan kita. Beza nya ada yang dah 10 tahun dan lebih berkahwin tapi masih menunggu untuk hamil. Walaupun dah cuba macam-macam ikhtiar, masih belum ada rezeki.

Jadi, konklusinya, bersabarlah. Allah nak bagi yang lebih baik lagi untuk kita. Kalau bukan dengan rezeki zuriat, mungkin ada rezeki lain kan? InsyaAllah. Yang penting, sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Usaha dan tawakkal. Jangan stress. Percaya dengan perancangan Allah. Bersama kita nanti kan rezeki daripada Allah.

InsyaAllah, Sabar Itu Indah :)



Image result for sabar

Wednesday 25 May 2016

#5 Wedding Picture by Brillante Photography

Assalamualaikum wbt. Salam hari rabu :)

Hari ni cuma nak update pasal gambar kawen yang baru dapat dari photographer, Brillante Photography. Hasil tangan abg deen memang power gilossss ! Cantik sesangat. Tak boleh move on tengok gambar kawen sendiri. Padehal dah 5 bulan kawen. hahaha. But, it's okay. Kalau korang nak carik photographer untuk apapun jenis majlis, boleh lah contact abg deen ni dekat ig dia, brillantephotography.

Haaa, ni aku kongsikan moment-moment indah aku hasil dari abg deen (brillante photography).





















Thank you to abg deen dan isteri sebab bertungkus-lumus ambik shot yang terbaik untuk kami. Love you lah !

Tuesday 17 May 2016

#4 Wedding Pictures Halyana's

Sambungan dari post yang lepas. Ni haa, aku bagi tengok gambar-gambar wedding aku. Tapi, yang ni semua dari kamera sendiri. Yang dari photographer belum dapat. Kalau dah dapat nanti aku bagi lagi :)

Adik-beradik dari Sabah

Saat-saat sebelum akad.

Inilah adik-beradik iparku :)

Mr & Mrs Hamizan

Parents and Parents-In-Law

Sebelum akad.

Officially husband and wife <3

Cium pertama dari seorang suami.

First time duduk atas pelamin sendiri.

Muka ada senyum :p

Sisters <3

Family-In-Law

Family maikcik Ani

Boys :)

I love ibu and bapak so much <3

Saturday 14 May 2016

#3 Aku dah kawen !

Assalamualaikum wbt.

Rasa macam dah berhabuk pulak blog ni. Maaf lah sebab sibuk sikit kebelakangan ni.
Actually, dah lama nak update pasal majlis perkahwinan aku yang diadakan 5 bulan lepas. Tapi, disebabkan terlampau sibuk, ni haa aku bagi sikit. Heeee

Alhamdulillah, tanggal 05 DECEMBER 2015, aku selamat diijabkabulkan dengan seorang jejaka tampan lagi kacak tambah dengan baik hati (ecehhh, ni kalau laki aku baca kembang kempis jee nanti), MUHD HAMIZAN BIN MUHAMMAD BASRI.

Perkenalan yang tidak sampai pun setahun berakhir dijinjang pelamin. Alhamdulillah, aku bersyukur di usia aku 23 tahun aku dah jani bini orangggg ! hahaha. Macam tak percaya pun ada, Sebab kengkawan baik aku semua tak kawen lagi. Orang cakap kawen ni seronok tapi memang betul. Seronok bila dah kawen. Semua benda buat dengan suami. Memasak, kemas rumah, basuh baju, basuh kereta. Ehh, semua benda lah buat sama-sama. Seronok. Korang kene kawen cepat ooii ! hahaha

Orang kalau nak buat persiapan kawen memang pening kepala. Ada yang sampai demam-demam. Tapi, aku tak lalui benda tu semua. Bersyukur sangat aku rasa. Persiapan perkahwinan aku buat dengan suami aku. Memang kitaorg dah janji nak buat sesama sampai hari kahwin nanti. And, alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dari daftar perkahwinan, beli barang hantaran, duit hantaran, duit untuk majlis, doorgift, butik, baju nikah, dan photographer. Ohh, untuk pengetahuan korang, aku buat 1 majlis jee. Semua tetamu dijemput datang kat majlis sebelah aku. Maklum lah, jimatkan. Alhamdulillah, keluarga mertua aku memahami dan aku memang kalau boleh taknak menyusahkan family mertua aku sebab dorang jauh. FYI, suami aku berasal dari SABAH. Dan aku orang NOGORI. Haaaa, nampak tak? Jauh nyeeee laa nak balik kampung kannn.

Bulan ni dah genap 5 bulan aku jadi isteri orang. Bulan ni jugak bulan terakhir aku kerja dengan Sime Darby setelah 2 tahun 10 bulan aku kerja. Orang ramai cakap, "Rugi nya berenti. Tak sayang ke?". Haaa, itu nanti aku cerita dalam entry lain ekk.

Okay lah, panjang lebar aku cerita ni. Ni aku bagi tips penting untuk korang yang nak kawen tu.

1: Kalau ada peluang, buat persiapan korang sendiri dengan pasangan korang. Ini adalah baik supaya nanti takde lah korang bergaduh di kemudian hari sebab ada benda yang tak puas hati.

2: Simpan duit dari sekarang. Elakkan buat loan bank sebab korang tak taw kehidupan selepas kawen macam mana. Kecuali lah memang korang memang kerja yang gaji 5K sebulan dan memang takde komitmen yang boleh bayar balik loan tu. Yang paling penting, jangan susahkan mak ayah. Korang yang nak kawen, carik duit sendiri yee.

3: Buat checklist untuk majlis korang. Listkan dari A-Z ape yang korang nak buat dan perlukan sebelum kawen.

4: Kursus kawen korang jangan lupa pulak. Kang tak dapat kawen kang. Sebab sijil kawen ni adalah salah satu dokumen yang diperlukan untuk daftar perkahwinan.

5: HIV Test ni pun salah satu dokumen yang diperlukan untuk daftar perkahwinan. Jangan lupa masukkan dalam checklist korang yee.

6: Daftar perkahwinan korang boleh buat 6 bulan sebelum majlis korang. Tapi, make sure korang dah dapat tarikh yang tetap untuk majlis korang lah. Kalau tak macam mana korang nak daftar. hihihi

7: Pemilihan butik untuk pelamin dan baju sanding ni terpulang dengan bajet korang. Kalau lebih boleh buat yang grand-grand. Tapi, kalau rasa bajet tak berapa nak ada jangan mengade nak buat yang menghelip sangat. Asal cantik dan ssedap mata memandang dah okay.

8. Untuk photographer pulak korang kene check dulu. Sekarang ni banyak orang yang suka tipu konon nya dia photorapher hebat tapi at the end hampeh. Duit kkorang yang dia ambik. So, make sure korang kene survey dulu. Kalau boleh tanye dulu kengkawan, sedara-mara yang pernah pakai khidmat photographer.

9: Doorgift ni ikut bajet dan kretiviti korang. Sekarang ni dah banyak perkhidmatan yang menyediakan doorgift untuk orang kawen. Tapi ada sesetengah orang dia buat sendiri. Terpulang kepada korang. Masukkan dalam checklist korang supaya tak tertinggal.

10: Baju nikah ni kita pakai sekejap jee pun. Kalau boleh buat baju yang korang boleh pakai semula untuk raya or apa-apa majlis lepas kawen. Tak membazirkan? Tapi, make sure korang tak gain weight macam aku sampai baju nikah tak muat dah. haha

11: Untuk barang hantaran ni ikut kesukaan korang apa yang nak bagi. Biasa nya orang bagi 7-9. Tak pun 5-9. Kalau nak lebih pun takde masalah. Ikut kemampuan korang yee.

12: Pemilihan katering untuk majlis nanti korang boleh mintak tolong mak ayah atau keluarga korang. Sama ada nak buat katering ataupun nak buat rewang. Zaman sekarang ni pkai katering jee supaya tak susah dan tak sepah rumah. Tapi macam aku keluarga sebelah ibu aku yang masak. Kira macam rewang laa kan. Memang seronok sebab time tu lah makcik, pakcik, sepupu-sepapat semua turun. Seronok ooii !

Aku rasa itu jelah kot yang penting. yang lain-lain mungkin korang boleh rujuk family korang untuk maklumat lanjut. Aku bagi yang mana aku rasa penting jee. So, harap mana yang nak kawen tu boleh start buat persiapan. Good luck, guys !