Saat jari jemari ini menari di atas keyboard, jam menunjukkan pada angka 0305 am.
Mata memang mengantuk tapi tak dapat nak dilelapkan. Segar-bugar biji mata ni lagi. Teringat dekat blog yang dah lama tak update. Bukan ape, asyik berebut lappy dengan encik suami. Dan semestinya kita lah yang kalah. Hmm hmm
Rasa nya belum terlambat kita nak wish "HAPPY NEW YEAR" to everyone. Selamat tinggal 2016 dan selamat datang 2017. Semoga tahun 2017 memberikan lebih kegembiraan dan rezeki untuk kita semua.
Tahun 2016 adalah tahun yang sangat manis untuk perkahwinan kami. InsyaAllah, untuk tahun seterusnya akan sentiasa sama. Cuma yang berbeza tentu nya soal zuriat. 2016 banyak kita lalui fasa pertanyaan ahli keluarga, rakan-rakan serta rakan si suami. Ada yang bagi nasihat, ada yang memahami. Tak kurang juga yang mencaci, menghina. Tapi, alhamdulillah. Si suami tak cepat melatah. Bila kita rasa sedih memikirkan soal zuriat ni, dia sentiasa ada di sisi. Menenangkan si isteri.
Kadnag-kadang bila orang tanya, "Belum ada isi ke?". Sambil pegang-pegang perut kita. Kita malas nak layan tapi jawab je lah. "Belum ada rezeki. InsyaAllah. Doa-doa kan lah ye". Then, lepastu nak rasa apa? Of course sedih sangat. Rasa nak nagis kuat-kuat. Tapi, kita ingat pesan ibu. Sabar banyak-banyak. Rezeki Allah luas kan. Kalau Allah nak bagi, InsyaAllah Dia akan bagi.
Kita pun ambik positif je lah. Walaupun kadang-kadang sentap tengok kawan-kawan yang dah ada baby. Yang paling terdekat, my cousin sendiri. Ohhh, lagi rasa sentap. Selamat bersalin dah dia pun. Padahal dia nikah sebulan selepas kita nikah. Ibu pesan lagi. Rezeki dia datang awal. Jangan ada rasa dengki.
Tengah duduk-duduk sambil belek FB, ternampak satu page ni. "Doakan Kami Hamil". Kita pun request nak join. Dalam page tu ramai yang berkongsi cerita suka dan duka. Ada yang sedang ikhtiar nak mengandung, ada yang dah berjaya mengandung dan ada juga konsi cerita baru lepas keguguran. Kita sentap kejap baca. Sebenarnya ramai yang berkongsi nasib yang sama dengan kita. Beza nya ada yang dah 10 tahun dan lebih berkahwin tapi masih menunggu untuk hamil. Walaupun dah cuba macam-macam ikhtiar, masih belum ada rezeki.
Jadi, konklusinya, bersabarlah. Allah nak bagi yang lebih baik lagi untuk kita. Kalau bukan dengan rezeki zuriat, mungkin ada rezeki lain kan? InsyaAllah. Yang penting, sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Usaha dan tawakkal. Jangan stress. Percaya dengan perancangan Allah. Bersama kita nanti kan rezeki daripada Allah.
InsyaAllah, Sabar Itu Indah :)

No comments:
Post a Comment